Pengikut

Sabtu, 24 Mac 2012

Teknik Berjimat Selepas Mendapat Gaji

1. Simpan dahulu kemudian belanja. Selepas mendapat gaji pada hujung bulan, buat potongan untuk simpanan terlebih dahulu, kemudian baki baru dibelanjakan untuk tujuan lain.

2. Baki syiling disimpan di dalam tabung. Buat tabung khas dan simpan syiling di dalamnya sehingga penuh. Amalkan budaya menabung.

3. Senaraikan barangan yang perlu dibeli sebelum membuat pembelian. Ini untuk mengelakkan membeli barangan yang tidak perlu.

4. Bersedekah dan pasti rezeki akan mudah bertambah.

5. Dapatkan nasihat pakar kewangan tentang pengurusan wang.

6. Bersederhana dalam perbelanjaan. Jangan membazir.

7. Beli yang perlu (keperluan) dan kurangkan kehendak kerana kehendak manusia memang sentiasa tidak cukup.

Contoh Wang Emas

Contoh Ringgit Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan