Pengikut

Isnin, 26 Mac 2012

Pubhan Perlu di Mulakan SEKARANG!!



Sesungguhnya pengguna di negara ini semakin perlu meneliti kemampuan kewangan kita sebelum berbelanja.

Perancangan perbelanjaan dilihat sebagai penting bagi memastikan kita hanya membeli barang yang benar-benar diperlukan.

Kita juga perlu melakukan perubahan sebelum berdepan dengan kenaikan harga barang terutama menjelang musim perayaan.

Menanam sendiri sayur-sayuran termasuk menggunakan pasu bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan bertanah mungkin dilihat remeh.

Bagaimanapun, jika ia dilakukan bersungguh-sungguh tidak mustahil usaha kecil ini jika diperluaskan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan dan menyejukkan persekitaran.

Selain daripada pembangunan fizikal yang mencerminkan sebuah negara maju selaras dengan aspirasi Wawasan 2020, perubahan sikap juga perlu berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia juga perlu menjadi semakin bertanggungjawab serta tahu melakukan pengubahsuaian diri dalam menghadapi sebarang keadaan yang berlaku di sekeliling kita.



Contoh sayur tanam sendiri

boleh jadi pasaran komersyal

Permualaan tanaman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan