- Lazimnya bila menjelang musim perayaan pengguna akan berbelanja lebih daripada biasa. Ada yang merasa tidak lengkap berhari raya umpamanya jika tidak berpakaian baru dan menggantikan peralatan rumah.
- Rakyat Malaysia menghadapi keadaan cabaran harga barang yang meningkat, pengguna perlu berhemat dalam perbelanjaan mereka.
- Rakyat Malaysia perlu buat perancangan perbelanjaan terlebih dahulu yang mengikut kemampuan.
- Kumpul wang untuk perbelanjaan musim perayaan pada awal bulan dengan menetapkan matlamat jumlah wang yang diperlukan semasa musim perayaan.
- Ini termasuk perbelanjaan membeli keperluan, makanan, perjalanan pulang ke kampung dan sebagainya.
- Bagi umat Islam yang akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang menjelang tiba, rakyat Malaysia turut diingatkan supaya mengelakkan pembaziran.
- Banyak berlaku pembaziran di bulan Ramadan termasuk ketika membeli juadah untuk berbuka puasa. Ingat untuk membeli mengikut keperluan sahaja.
- Jika mahu membeli barang keperluan, buat senarai untuk mengelakkan pembelian yang tidak perlu dan bawa wang yang setakat cukup untuk senarai barang yang disediakan.
- Rakyat Malaysia boleh membeli bahan mentah mengikut keperluan sahaja. Malahan mereka boleh memasak sendiri di rumah. Masakan sendiri lebih terjamin kebersihan dan kesihatannya berbanding yang ada di pasar Ramadan.
![]() |
juadah yang di hidangkan semasa membuka puasa dan semasa hari raya |
.
![]() |
Suasana ketika pasar Ramadan di buka. |
![]() |
Selamat Hari Raya Semua |
herm...bgs2..mengigat kan org berjimat cermat..god2..
BalasPadam