Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

Renung-renungkan lah


Teruk sangatkah kerja anda?



  Kadang-kadang kita rasa kerja kita dah teruk sangat tapi terfikirkah anda bahawa ada orang lain yang kerjanya lebeh teruk daripada anda. Jadi fikir-fikirkan lah ya. Macam gambar diatas tu tenguk sajalah bersimpang perinang wayar-wayar tu. Hish hish macamana lah nak baikinya  ya.  Silap baiki zzzz melayang nyawa.


 
   Sanggupkah anda membawa tandas macam ni hanya nak promosikan pencuci tandas? Sanggup? Tapi demi sesuap nasi dan rezeki yang halal masih ada orang yang sanggup kan! Jadi renung-renungkan lah dan gambar ini adalah buat muasabah diri saya dan juga anda.



     Aduhaiiii begitu sekali kerja yang perlu mereka lakukan. Saya pun tak pasti kenapa perlu membenamkan diri didalam kolam tersebut. Adakah mencari barang atau membaiki sesuatu? Teruk kan kerja macam tu. Fikir-fikir kan lah.

     Ni kalau silap perkiraan boleh kena tendang si kuda tersebut. Bahayakan? Dan teruk kan?

       Sanggupkah anda membenamkan separuh diri dalam tempat najis si Gajah itu. aduhaiiiii teruk kan kerja mereka itu.

      Aduiiiii mak tercium bau peluh orang lain sewaktu dalam train atau bas bila balik kerja dah buat kepala ternoneng ni lagi lah nak kena cium untuk ujikaji perfume. huhuhu tak sanggup lah, rasanya boleh muntah. Apa lagi kalau bau peluh orang bangladesh yang kerja kat pasaraya huh mau pengsan tau. Tapi hanya kerana ujikaji perfume untuk menghasilkan deodoran yang terbaik inilah yang terpaksa mereka lakukan. Jadi mana yang lebeh teruk? Kerja mereka ke atau anda? 

  Ni pulak memang kelakar. Kalau tenguk pada tulisan di bas ianya berlaku di korea. Promosi telur ayam atau pun jual ayam. Mungkin di pasaraya untuk menarik perhatian pembeli.



     Ni mesti tandas tersumbat ni. huhuhu Kerja memperbaiki tandas tersumbat yang sudah tentulah segala bahan asing telah membanjiri bilik air tersebut sebelum ianya dapat dialirkan keluar. Terukkan dengan baunya lagi huhuhu sanggupkah anda?



     Jadi untuk renungan bersama seandainya kita rasa tension dan rasa yang kerja kita dah teruk sangat jadi tenguklah gambar ini dan katakan pada diri sendiri bahawa ada orang lain yang kerjanya lebeh teruk dari anda.  Dan jangan hanya memandang rendah pada orang yang kerjanya seperti itu sebab jika tiada mereka yang menyiapkannya adakah kita boleh hidup dengan senang lenang macam sekarang? Jadi teruk sangatkah kerja anda jika dibandingkan dengan mereka. Fikir-fikir lah sendiri.




Mulakan Kehidupan Baharu :)


‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Jadi renungi lah :-
tepati masa kerja

kawal perasaan marah

pemilihan kerja opisyen

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,

orang berlanja duit , anda untung

Selasa, 27 Mac 2012

Kebaikan Bercucuk Tanam


Bercucuk tanam merupakan suatu kegiatan yang sangat berfaedah.Kita boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga.
Salah satu faedah bercucuk tanam ialah dapat menyihatkan badan.Apabila brrcucuk tanam,badan kita akan berpeluh.Ini dapat membantu sistem pengaliran darah dalam tubuh badan kita.
    Selain itu,bercucuk tanam juga dapat mengisi masa lapang seprrti waktu petang atau musim cuti.Ini adalah lebih baik daripada melepak di pusat membeli belah atau bergaul dengan budak-budak nakal.
    Disampimg itu,bercucuk tanam juga dapat menjimatkan wang kita daripada mrmbeli sayur-sayuran di kedai.Kita juga dapat sayur- sayuran yang segar dan terjamin kebersihannya.
    Kita boleh menambah pendapatan dengan menjual hasil tanaman kita.Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk menampung keperluan membeli barang-barang dapur. 
 



Isnin, 26 Mac 2012

Pubhan Perlu di Mulakan SEKARANG!!



Sesungguhnya pengguna di negara ini semakin perlu meneliti kemampuan kewangan kita sebelum berbelanja.

Perancangan perbelanjaan dilihat sebagai penting bagi memastikan kita hanya membeli barang yang benar-benar diperlukan.

Kita juga perlu melakukan perubahan sebelum berdepan dengan kenaikan harga barang terutama menjelang musim perayaan.

Menanam sendiri sayur-sayuran termasuk menggunakan pasu bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan bertanah mungkin dilihat remeh.

Bagaimanapun, jika ia dilakukan bersungguh-sungguh tidak mustahil usaha kecil ini jika diperluaskan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan dan menyejukkan persekitaran.

Selain daripada pembangunan fizikal yang mencerminkan sebuah negara maju selaras dengan aspirasi Wawasan 2020, perubahan sikap juga perlu berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia juga perlu menjadi semakin bertanggungjawab serta tahu melakukan pengubahsuaian diri dalam menghadapi sebarang keadaan yang berlaku di sekeliling kita.



Contoh sayur tanam sendiri

boleh jadi pasaran komersyal

Permualaan tanaman



Ahad, 25 Mac 2012

Jimat Penggunaan Seharian


1. Bila membeli-belah senaraikan dulu apa yang mahu dibeli, bezakan keperluan dan kehendak.

2. Cuba bawa bekalan makan sendiri ke tempat kerja, lebih menjimatkan dan lebih sihat.

3. Sebelum pergi membeli-belah makan dahulu supaya bila membeli-belah nanti tidaklah terlebih membeli makanan yang mahal.

4. Berkongsi majalah dan bahan terbitan dengan rakan-rakan.

5. Jangan terus membeli buku yang dihajati, pinjam dari perpustakaan, kawan atau sewa sahaja buku tersebut.

6. Semasa menggunakan telefon bimbit pantau masa bercakap, kalu boleh beri keutamaan kepada penggunaan system pesanan ringkas.

7. Amalkan beli bila ada tunai, senyap bila tiada tunai. Ini akan mengelakkan daripada belian secara berhutang yang akan menyebabkan sindrom ` duit tak pernah cukup ‘.

8. Pilih langganan majalah atau perkhidmatan yang benar-benar diperlukan, mungkin kamu tidak memerlukan langganan ASTRO yang komprehensif atau tiga majalah luar negeri.

9. Sentiasa semak semua bil sebelum membayar kerana mungkin ada kesilapan atau pihak lain yang mengenakan cas tanpa tidak disedari.

10. Menanam sifat sentiasa peka terhadap aliran wang keluar dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian.

REALITI

New LIFe

Sabtu, 24 Mac 2012

Teknik Berjimat Selepas Mendapat Gaji

1. Simpan dahulu kemudian belanja. Selepas mendapat gaji pada hujung bulan, buat potongan untuk simpanan terlebih dahulu, kemudian baki baru dibelanjakan untuk tujuan lain.

2. Baki syiling disimpan di dalam tabung. Buat tabung khas dan simpan syiling di dalamnya sehingga penuh. Amalkan budaya menabung.

3. Senaraikan barangan yang perlu dibeli sebelum membuat pembelian. Ini untuk mengelakkan membeli barangan yang tidak perlu.

4. Bersedekah dan pasti rezeki akan mudah bertambah.

5. Dapatkan nasihat pakar kewangan tentang pengurusan wang.

6. Bersederhana dalam perbelanjaan. Jangan membazir.

7. Beli yang perlu (keperluan) dan kurangkan kehendak kerana kehendak manusia memang sentiasa tidak cukup.

Contoh Wang Emas

Contoh Ringgit Malaysia


HEMAT BERBELANJA


  • Lazimnya bila menjelang musim perayaan pengguna akan berbelanja lebih daripada biasa. Ada yang merasa tidak lengkap berhari raya umpamanya jika tidak berpakaian baru dan menggantikan peralatan rumah.
  • Rakyat Malaysia menghadapi keadaan cabaran harga barang yang meningkat, pengguna perlu berhemat dalam perbelanjaan mereka.
  • Rakyat Malaysia perlu buat perancangan perbelanjaan terlebih dahulu yang mengikut kemampuan.
  • Kumpul wang untuk perbelanjaan musim perayaan pada awal bulan dengan menetapkan matlamat jumlah wang yang diperlukan semasa musim perayaan.
  • Ini termasuk perbelanjaan membeli keperluan, makanan, perjalanan pulang ke kampung dan sebagainya.
  • Bagi umat Islam yang akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang menjelang tiba, rakyat Malaysia  turut diingatkan supaya mengelakkan pembaziran.
  • Banyak berlaku pembaziran di bulan Ramadan termasuk ketika membeli juadah untuk berbuka puasa. Ingat untuk membeli mengikut keperluan sahaja.
  • Jika mahu membeli barang keperluan, buat senarai untuk mengelakkan pembelian yang tidak perlu dan bawa wang yang setakat cukup untuk senarai barang yang disediakan.
  • Rakyat Malaysia boleh membeli bahan mentah mengikut keperluan sahaja. Malahan mereka boleh memasak sendiri di rumah. Masakan sendiri lebih terjamin kebersihan dan kesihatannya berbanding yang ada di pasar Ramadan.


 juadah yang di hidangkan semasa 
membuka puasa dan semasa hari raya

.
Suasana ketika pasar Ramadan di buka.
Selamat Hari Raya Semua

Berjimat Cermat


Berjimat-cermat mendatangkan banyak faedah kepada kita. kita boleh berjimat-cermat apabila menggunakan wang, air, masa, bekalan elektrik ,membeli belah dan lain-lain lagi.

kita mestilah berjimat-cermat ketika membelanjakan wang. Kita boleh mengumpulkan wang dalam tabung. Bak kata "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
" Setelah wang tabung penuh, ia boleh disimpan di dalam bank untuk kegunaan di masa depan.

Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan sikap berjimat-cermat dan jauhilah sikap yang terlalu boros. 



Jumaat, 23 Mac 2012

MANFAAT MELAKUKAN HIDUP SEHAT



             Banyak sekali masyarakat yang tidak melakukan hidup sehat, sebenarnya jika kita ketahui banyak sekali manfaat yang bisa kita terima jika kita melakukan hidup sehat.
Manfaat hidup sehat antara lain :
     - Dapat tidur dengan nyenyak
     - Dapat bekerja maksimal
     - Dapat belajar dengan baik
     - Berfikiran positiv dan sehat
     - Merasa damai hidupnya 

    Sentiasa mengamalkan budaya hidup sehat 3 kali seminggu.Contohnya :
  • berjoging
  • bersenam
  • bersukan