Ingat perasaan geram jika di simpan lama
tidak akan menjadikan anda seorang yang lebih baik tapi akan menjadi
anda seorang yang emo, bengis, berhati hitam selalu!
Bagaimana cara mengatasi geram!
Kita Kawan Bukan Lawan.
Selalunya orang akan menggunakan burung
cip-cip sebagai luahan di layar maya tapi tidak kurangnya juga di cinta
muka buku medan wall huhu.. Cara yang salah ini banyak orang
menggunakannya tapi anda sendiri tidak sedar bahawa ia menampakkan anda
seorang yang tidak dapat menahan perasaan gejolah geram marah dengan
cara baik.
Apa kata anda mencari seorang rakan yang
boleh di percayai sedia mendegar keluh -kesah anda sewaktu susah
mahupun senang. Ingat cari kawan yang anda kenal lebih lama bukan kawan
atau sahabat yang baru berkenalan seminggu dua, anda sudah berani cerita
itu ini pada dia memang kes makan diri sendirilah jawabnya.
TOMEYL |
Minat
Ada orang minat bersukan maka dia akan
cuba melepaskan kemarahan geramnya dengan cara bermain badminton, tenis,
berkuda, berenang, memasak, panjat gunung
turun gunung
, berbasikal, kraftangan, menyanyi sendiri dan sebagainya. Percayalah dengan mencuba menghabiskan diri dengan cara beriadah kadangkala juga ia dapat menenagkan fikiran.
turun gunung
, berbasikal, kraftangan, menyanyi sendiri dan sebagainya. Percayalah dengan mencuba menghabiskan diri dengan cara beriadah kadangkala juga ia dapat menenagkan fikiran.
Ibarat menghayunkan bola tenis kepada
pihak lawan sedaya kuat seperti anda melepaskan perasaan geram itu pada
bola tersebut. Bola tenis itu akan pergi dan rasa geram ke arah pihak
lawan! Bola di pukul seperti mangsa yang anda geram hee.. Badan sihat,
otak pun cerdas insyallah perasaan geram akan hilang jika anda selalu
bersukan secara konsisten.
Depan-depan
Ada yang berani melepaskan geram secara
berdepan dengan musuh. Tapi kesudahannya tidak akan membawa anda
kemana-mana. Sebaliknya akan semarakkan lagi api kemarahan geram yang
semakin melupa-lupa. Andai ada antara satu pihak ingin berdamai mengapa
anda tidak bersikap sedemikian rupa?
Berdamai cara baik memang bukan satu
perkara yang mudah tapi dalamnya ada keindahan disebaliknya. Akuilah
kesilapan diri andai kita rasa itu salah kita sebab geram tidak bertepi.
Jika agak suakr mencuba melenyapkannya dan katakan pada diri geram
kalau di simpan lama-lama bukan akan membawa penawar tapi makin di sukai
oleh jin apatah lagi syaitan. Geram boleh disifatkan sebagai membunuh
rasa murni yang ada dalam hati. Sematkan dalam diri sikap geram, marah
tidak indah tapi sifat beristifar sebaiknya akan mendapat pahala
dariNYA.
Pencipta.
Kembalikan diri pada Pencipta. Geram
yang tiada kesudahan kelak akan membinasakan diri tapi cuba mendekatkan
diri padaNYA. Cuba beringat akan kematian. Ingat mati ingat beristifar.
Tuhan menciptakan hati setiap manusia dengan begitu indah sekali sayang
andai kalian merosakkan hati bersih itu degan perasaan yang agak sebal.
Hati yang baik hati selalu berzikir dan sering mohon keampunan dariNYA.
Belajarlah kawal hati insyallah perasaan geram anda akan sedikit luntur
bak gugurnya daun di atas dada bumi.
Jangan berikan pelbagai alasan untuk
sukar menghapuskannya sememangnya itulah kita sebagai manusiaNya.
Sungguh lemah dan tidak berdaya. Di mana kita berasal di situ juga kita
akan dikembalikan.
G.O.L.B
Bukan goblog tapi cuba terbalikkan
perkatan itu pada asalnya semula. Ada bagusnya juga jika anda mempunyai
satu blog peribadi seperti Suri hee.. tapi awas jangan sampai kemarahan
anda melampaui batas dalam melepaskan marah secara melulu takut-takut
jika pembaca yang sedia membaca entri anda dalam diam agak terasa dalam
bait-bait yang anda kiaskan walhal itu adalah masalah anda. Tapi harus
diingat anda sebagai penulis tidak di galakkan menyentuh isu-isu yang sensetif
berkait rapat dengan politik sama sekali, apatah lagi bab-bab menyentuh
hal perkauman dan sebagainya sehingga membuatkan orang terasa panas
hati tak ka;a membaca entri anda.
Bergolb secara sihat dan cuba mengawal
intonasi penulisan dengan cara yang baik supaya pembawakan jalan cerita
anda tidak membuatakan hati mana-mana pihak tergugat sebaliknya mereka
respet anda kerana anda berjaya menjiwa jalan setiap entri anda di garap
dengan baik. Entri yang di tulis dengan nada yang agak keras selalunya
akan di sudahi dengan rasa sesal tapi sebaliknya jika di akhiri dengan
kesudahan yang baik pasti penghujung pembacaan akan membuat orang
tersenyum.
OMEY permandangan ur
Kedamaian.
Sebahagian orang suka mencari kedamaian
dengan menjerit. Waduh…dasyat juga tapi pastikan jeritan anda di atas
bukit hee.. bukan di kawasan perumahan silap hari jiran-jiran akan
baling depan rumah anda periuk, penyapu dan sebagainya hee..
Molek juga masuk ke ceruk hutan
untung-untung anda lulus dalam pemlilihan akademi tarzan hee ..Jangan
marah tapi bergurau sahaja. Tengok anda sudah geram! Kata orang lelaki
andai menjerit okey lagi tapi kalu perempuan menjerit..melolong malu
juga Suri dibuatnya heee..
Kesimpulannya banyak cara untuk anda
melepaskan nafsu geram itu. Bijak memilih pasti ia akan membawa kesan
yang baik pada kehidupan anda kelak. Jika salah memilih caranya Suri
pasti selagi itulah masalah anda tidak akan dapat di atasi dengan
jayanya.
Selamat menguruskan Geram =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan